Allah S.W.T. menjadikan manusia daripada roh Nur Muhammad S.A.W. Roh ini
sungguh cantik (kecantikan Jamaliah). Kemudian Allah S.W.T. menjadikan
Qalam, selepas itu Allah S.W.T. menjadikan akhlak dan akal. Di sini, ia
dinamakan nur kerana ia bersih daripada segala zulmah dan ada unsur‐ unsur
kemalaikatan. Akal, Allah S.W.T. jadikan untuk memikirkan yang baik‐baik. Akal
yang memikirkan haru‐biru itu tidak dinamakan akal, sebaliknya akal itu adalah
nafsu kita sendiri. Segala kejadian Tuhan tunduk kepada kebesaran‐Nya kecuali
nafsu. Apabila Allah S.W.T. menjadikan nafsu, nafsu dengan sombongnya tidak
mengaku keesaan Tuhan. Nafsu tetap mengatakan , 'Aku adalah aku dan
engkau adalah engkau, iaitu apabila Allah S.W.T. bertanya kepada nafsu siapa dirinya
Kesombongan nafsu menyebabkan ia dibenam di dalam api neraka selama 100
tahun ,dan apabila ia dikeluarkan daripada api neraka dan ditanya soalan yang
sama, nafsu masih sombong dan angkuh dengan memberi jawapan yang sama
lalu ia dibenam lagi dalam api neraka selama 100 tahun. Sebanyak 4 kali nafsu
dibenam di dalam api neraka sehingga akhirnya nafsu sendiri 'surrender' dan
mengaku keesaan Tuhan. Di sini, jika kita mengkaji sifat kejadian nafsu
dapatlah kita simpulkan bahawa nafsu sejak azali iaitu sejak ia berada di alam
Lahut (Alam ketuhanan) telah menjadi dalang utama segala kemelut dan harubiru
kerana keengganannya mengakui keesaan Tuhan.
No comments:
Post a Comment